anda mempunyai Ladang Sawit Terbiar? kami akan uruskan.
Jana Semula Pendapatan Dan Produktiviti Ladang Sawit anda Hari ini.
ramai pemilik ladang terbiar tidak mampu menguruskan kerana antara cabarannya ialah:
Produktiviti Merosot
Pokok tua, tanah tidak subur, hasil kurang
Perosak & Penyakit
Risiko Ganoderma & serangan perosak
Isu Sosial & Ekonomi
Peluang kerja & pendapatan komuniti hilang
Langkah Pengurusan
pendekatan sistematik dalam mengurus semula ladang sawit terbiar
Penilaian Ladang
Audit menyeluruh terhadap keadaan pokok, kesuburan tanah, sistem saliran dan status tanah untuk mengenal pasti tahap produktiviti semasa.
Perancangan Strategik
Menyediakan pelan kos operasi, unjuran hasil, serta jadual pemulihan yang realistik untuk tempoh beberapa tahun.
Kerja Menyediakan Tapak ladang
Aktiviti pembersihan termasuk menebang pokok tua, membuang semak samun, serta membaiki semula sistem saliran.
Penanaman Semula
Menggunakan benih sawit hasil tinggi (contoh: DXP) dengan jarak penanaman optimum bagi memastikan pertumbuhan sihat dan hasil maksimum.
Pengurusan Agronomi
Merangkumi program pembajaan, kawalan perosak, pengawalan penyakit, serta pemangkasan bagi menjaga kesuburan dan kesihatan pokok.
Penuaian & Pemasaran
Proses penuaian terancang, diikuti pemasaran hasil selepas 30–36 bulan dengan rangkaian pembeli dan kilang yang dipercayai.
CM Palm Oil
Kami sediakan solusi untuk memulihkan ladang terbiar agar kembali produktif.
Langkah Pengurusan
pendekatan sistematik dalam mengurus semula ladang sawit terbiar
- Pendapatan berterusan selepas 3 tahun
- Pulangan pelaburan (ROI) dalam 4–5 tahun
- Nilai hartanah & tanah meningkat
- Peluang pekerjaan & ekonomi setempat berkembang
- Tanah lebih lestari & selamat dari kebakaran